Wednesday 2 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Matematik Tahun 2 ( darab)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran                                   :       Matematik Tahun Dua Bestari
Tajuk                                                   :       Darab
Masa                                                   :       60 minit
Standard Pembelajaran                    :       4.1 (i)a,b,c,
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a.     Menulis ayat matematik bagi bilangan ahli-ahli dalam  kumpulan yang sama banyak berdasarkan objek yang diberi.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid Perdana
1.     Perbincangan mengenai:
o    Beberapa kumpulan objek
o    Jumlah ahli-ahli yang terdapat dalam kumpulan objek yang disatukan
o    Kad gambar yang menunjukkan ahli-ahli dalam kumpulan objek
2.     Murid membina beberapa kumpulan objek yang mempunyai bilangan ahli yang sama banyak dan menyebutkan jumlahnya.

Murid LINUS (Numerasi)
1.     Soaljawab mengenai jumlah bilangan bola yang dimasukkan  sebanyak 2 biji setiap kali.
o    Seorang murid masukkan  2 biji bola ke dalam bakul.
o    Soaljawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul
o    Masukkan lagi 2 biji bola ke dalam bakul.
(aktiviti berterusan untuk bilangan yang lain pula)
2.     Bimbing murid menambah gandaan 2 dan gandaan nombor yang berikutnya.
3.     Tunjuk dan sebut jumlah nombor-nombor tersebut berdasarkan garis   nombor.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·          Kreativiti (membina kumpulan objek, menggabungkan beberapa kumpulan objek)

Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (cip plastik, pensel, blok asas), kad gambar. Kad garis nombor.

Refleksi:
3 daripada 4 orang murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan. (Arus perdana)

1 daripada 2 murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai akan dibimbing melalui aktiviti pemulihan. (Numerasi)
                                                                                                                                                 


No comments:

Post a Comment