Wednesday 9 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Matematik Tahun 2 (perpuluhan)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Tanpa Program LINUS - Numerasi)
Mata Pelajaran                              :       Matematik
Tahun                                             :       Dua Aktif
Bidang                                            :       Nombor dan Operasi
Tajuk                                              :       Perpuluhan
Masa                                              :       60 minit
Standard Kandungan                  :       Murid dibimbing untuk;
                                                                    7.1)      mengenal pasti konsep perpuluhan
Standard Pembelajaran :        Murid berupaya untuk;
(i)             menukar pecahan persepuluh kepada perpuluhan.
(ii)        menyebut perpuluhan sifar perpuluhan satu hingga sifar perpuluhan sembilan dengan betul.

Objektif Pembelajaran                     :       Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
i)          menukar dan menulis pecahan persepuluh kepada perpuluhan.
ii)         memadankan nombor pecahan, nombor perpuluhan dan gambarajah dengan tepat.
                                                                   
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran   :
1.     FASA PERSEDIAAN
a)  Guru menguji pengetahuan sedia ada murid mengenai pecahan persepuluh menggunakan gambarajah pecahan.
b)  Guru menunjukkan jadual perkaitan diantara nombor pecahan, nombor perpuluhan dan gambarajah pecahan.

2.     FASA IMAGINASI
a)  Guru menunjukkan kad nombor perpuluhan dan murid cuba memberi jawapan dalam nombor pecahan.
b)  Guru menunjukkan kad pecahan dan murid cuba memberi jawapan dalam nombor perpuluhan.
3.  FASA PERKEMBANGAN
 a)  Murid bermain permainan ‘Gerak dan Suaikan’.
 b)  Murid diterapkan sikap bekerjasama dan patuh kepada arahan.
4.   FASA TINDAKAN
a)   Murid diberikan lembaran kerja dan murid menyiapkannya secara individu.
b)   Murid dan guru membincangkan hasil kerja.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :
(Kreativiti)
1.1 Pemerhatian
1.1.1 menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.
1.1.2 menumpukan perhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks secara  menyeluruh.
1.2 Analisis
1.2.1 mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul.

Bahan Bantu Mengelajar:                Gambarajah pecahan persepuluh, kad nombor pecahan, kad nombor perpuluhan, wisel, lembaran kerja
Penilaian                                            :       Pemerhatian semasa proses p&p dan aktiviti kumpulan serta hasil lembaran kerja murid.
Refleksi                                             :       37 daripada 40 orang murid  berjaya mencapai objektif pembelajaran. Tiga orang murid yang tidak mencapai objektif akan dibimbing dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.

No comments:

Post a Comment