Wednesday 2 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Matematik Tahun 2 ( Tajuk Tambah )


Bidang: Nombor dan Operasi

Kelas :     2 Arif

Tajuk: Tambah Dalam Lingkungan 1000

Standard Pembelajaran       :               2.1 (i)


Objektif Pembelajaran                               :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat

1.             Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula.


Masa: 60 minit

Cadangan Aktiviti:

1              Guru menunjukkan blok asas. Murid memerhatikan blok yang ditunjukkan dan  memberikan pandangan
                guru menambahkan sebilangan blok asas lagi.
2              Murid berbincang apa yang diperhatikan secara berkumpulan dan membentangkan di hadapan kelas
3              Guru menerangkan gabungan blok yang ditunjukkan.
4              Guru menunjukkan proses ayat matematik. Contohnya : 345 + 114 = ______
5              Murid menyelesaikan dalam bentuk lazim
6              Guru membimbing murid dalam penyelesaian masalah.
7              Guru mengedarkan lembaran kerja.
8              Perbincangan hasil kerja
9              Semakan hasil kerja murid

Murid LINUS (Numerasi)

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menambah sebarang dua nombor tanpa mengumpul semula sehingga 100:

1              Guru mengedarkan buah getah.
2              Murid diminta membilang buah getah yang diberikan
3              Murid diedarkan guli. Guru meminta murid membilang semuanya
4              Guru menunjukkan kad bergambar dan meminta murid memberikan pandangan
5              Guru memberikan latihan berdasarkan aktiviti yang telah dibuat.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):

Kreativiti ( murid mengaplikasikan daya imaginasi untuk menyelesaikan masalah)

Bahan Bantu Belajar:
Petak seratus,buah getah,guli dan ada bergambar

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.


Refleksi:

15 daripada 20 murid arus perdana mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.

3 daripada 4 murid LINUS menguasai objektif pembelajaran.  Murid yang belum menguasai akan dibimbing melalui aktiviti pemulihan.



1 comment:

  1. Tq.. Blog cgu ni byk membntu sy yg bru mengajar kelas yg ada murid linus.. Sy share rph cgu..

    ReplyDelete