Monday 14 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Matematik Tahun 2 ( Ruang )



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran                       :               Matematik Tahun Dua

Tajuk                                      :               Ruang

Masa                                       :               60 minit

Standard Pembelajaran       :               13.1 (i) (ii)

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
1.     mengenalpasti tiga daripada lima bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian dengan betul; dan
2.     mengenalpasti dan mewarna gambar bentuk tiga dimensi dalam sekumpulan gambar.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

Murid Arus Perdana
1.     Murid membuat pemerhatian terhadap gambar yang dipaparkan.
2.     Guru memperkenalkan bentuk-bentuk 3D: Kubus, Kuboid, Piramid, Silinder dan kon.
3.     Murid menunjukkan bentuk-bentuk 3D berpandukan objek
a)     kubus: kotak hadiah .
b)     kuboid:kotak pensil .
c)     piramid: piramid.
d)     silinder: botol air
e)     kon: ais krim.
4.     Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
5.     Murid mewarna bentuk-bentuk 3D dari sekumpulan gambar berpandukan arahan guru.
6.     Guru membincangkan hasil kerja murid.

Murid LINUS (Numerasi)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengenal dan menamakan dua bentuk 3D: kubus dan kuboid.
1.     Guru menunjukkan gambar beberapa jenis bentuk 3D
2.     Guru mengedarkan satu objek 3D,
3.     Murid mengenalpasti bentuk 3D dan memadankan bentuk dengan gambar .
4.     Ulangi langkah tadi dengan objek yang berbeza bagi bentuk 3D yang lain.
5.     Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
6.     Murid mewarna bentuk-bentuk 3D dari sekumpulan gambar berpandukan arahan guru.
7.     Guru membincangkan hasil kerja murid.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·          Kreativiti (mengenalpasti ciri objek dengan tepat)

Bahan Bantu Belajar:
bentuk 3D,pensel warna, gambar dan lembaran kerja.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui padanan bentuk 3D dan lembaran kerja.

Refleksi:
10 daripada 13 murid arus perdana berjaya mengenalpasti tiga daripada lima bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian dengan betul; dan mewarna bentuk tiga dimensi daripada sekumpulan gambar. 5 murid yang belum menguasai dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.

2 daripada 3 murid LINUS berjaya memadan dan mewarna dua bentuk 3D.  Murid yang belum menguasai akan dibimbing melalui aktiviti pemulihan.

































No comments:

Post a Comment