Tuesday 1 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Matematik Tahun 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran dan kelas                 :       Matematik Tahun Dua 
Tajuk                                                   :       Nombor Bulat Hingga 1000
Masa                                                   :       60 minit
Standard Pembelajaran                    :       1.3 (i) (a) (b)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Membilang nombor dalam lingkungan 1000 secara seratus – seratus dan    sepuluh-sepuluh secara tertib menaik dan menurun

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Murid Perdana
·          Membilang seratus-seratus
o    Di luar bilik darjah
o    Tangga sekolah
o    Kad nombor
o    Garis nombor
·          Menaiki dan menuruni tangga sekolah sambil membilang secara kuat
·          Melukis garis nombor.
·          Menggantung kad-kad nombor
·          Aktiviti berkumpulan- “ menampal kad mengikut arahan “
·          Pembentangan hasil kerja dan membuat perbincangan secara semak bersama-sama.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Membilang nombor dalam lingkungan 100 secara sepuluh-sepuluh secara tertib menaik

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Murid Linus
Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.
·          Bentukkan kumpulan (2 orang).
·          Aturkan kumpulan seperti Susun Atur Kumpulan. Minta murid berbaris menghadap gelung   rotan.
·          Letakkan kad yang pertama di luar gelung yang pertama.
·          Letakkan satu set kad angka di dalam setiap bakul seperti berikut:
 Set kad dalam bakul A - 10, 20, 30, 40, 50, 60, 70, 80, 90
 Set kad dalam bakul B - 15, 25, 35, 45, 55, 65, 75, 85, 95
 Set kad dalam bakul C - 11, 21, 31, 41, 51, 61, 71, 81, 91
·          Maklumkan kepada murid bahawa bakul tersebut mengandungi kad angka dalam gandaan sepuluh.
·          Murid perlu mengambil satu kad daripada dalam bakul dan meletakkannya di luar gelung rotan yang betul mengikut tertib menaik seperti Urutan Nombor.
·          Permainan diteruskan sehingga selesai. Kumpulan yang paling awal memberikan jawapan yang betul adalah pemenang.



Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·          Kreativiti (pelbagai pola) pemerhatian, membanding, membeza dan memadan.


Bahan Bantu Belajar:
Tangga sekolah, kad nombor, kad gambar, kad manila, gelung rotan,bakul,lembaran kerja

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan aktiviti kumpulan

Refleksi: ( Murid Perdana )
3 daripada 20 murid  belum mencapai objektif pembelajaran dan akan dibimbing melalui aktiviti pengukuhan.

Refleksi: ( Murid Linus )
2 daripada 6 murid  belum mencapai objektif pembelajaran dan akan dibimbing dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.









No comments:

Post a Comment