Saturday, 12 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Matematik Tahun 2 ( waktu & masa)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran                       :               Matematik Tahun Dua Arif

Tajuk                                      :               Masa dan Waktu

Masa                                       :               60 minit

Standard Pembelajaran       :               9.1 (i), (ii)

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
1.     Mengenal tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan 5 minit pada muka jam.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid Arus Perdana (Modul P&P Sukatan dan Geometri m/s 1 - 3)
1.     Murid memerhatikan gambar aktiviti harian.
2.     Guru menunjukkan gambar model muka jam.
3.     Guru membimbing murid mengenal tanda senggatan pada muka jam.
4.     Murid melekatkan angka 1 hingga 12 pada muka jam.
5.     Guru menerangkan setiap senggatan mewakili 5 minit dan seterusnya murid membilang dalam gandaan 5 hingga 60.
6.     Murid melekatkan kad angka gandaan 00 hingga 60 pada muka jam.
7.     Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
Murid LINUS (Numerasi) (Modul Guru m/s 147 - 148)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
1.     Menyatakan waktu dalam gandaan 5 minit.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
1.     Tunjuk muka jam dan perkenalkan jarum jam dan minit.
2.     Minta murid menyatakan waktu dalam jam yang ditunjukkan pada muka jam.
3.     Tunjuk pergerakan jatum minit dan bilang bersama.
4.     Bimbing murid untuk melihat bahawa terdapat 5 minit di antara mana-mana 2 nombor pada muka jam.
5.     Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·          TMK (menggunakan MS Powerpoint – aktiviti 3 dan 4)
Bahan Bantu Belajar:
Powerpoint gambar aktiviti dan muka jam
Kad angka 1 hingga 12 dan 00 hingga 60
Lembaran kerja


Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui aktiviti murid dan lembaran kerja.

Refleksi:
20 daripada 25 murid arus perdana berjaya mengenal tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan 5 minit pada muka jam.

3 daripada 4 murid LINUS berjaya menyatakan waktu dalam gandaan 5 minit.









No comments:

Post a Comment

Post a Comment