Saturday 5 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Matematik Tahun 2 ( Pecahan )


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Tanpa murid LINUS)

Mata Pelajaran       :               Matematik Tahun Dua Ibnu Sina

Tajuk                                      :               Pecahan

Masa                                       :               60 minit

Standard Pembelajaran       :               6.1 (iii) (iv)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
1.     Menamakan pecahan wajar yang pengangkanya 2 hingga 9 dan penyebutnya 10 dan
2.     Melorek gambarajah pecahan wajar yang pengangkanya 2 hingga 9 dan penyebutnya 10.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

1.     Murid membuat pemerhatian terhadap kek yang telah dipotong.
2.     Murid diminta mengambil bahagian pada kek yang telah dipotong untuk mewakilkan nilai pecahan.
3.     Guru membimbing murid menyatakan pecahan bagi bahagian yang diambil oleh.
4.     Mengulangi aktiviti sehingga pengangka 9.
5.     Murid dibahagikan kepada 8 kumpulan.
6.     Setiap kumpulan diedarkan  kertas yang telah dibahagikan kepada 10 bahagian.
7.     Setiap kumpulan diberikan satu nilai pecahan dan diminta melorek nilai pecahan yang diberikan dan menamakan pecahan tersebut.
8.     Guru membincangkan hasil kerja murid.
9.     Murid diminta menyiapkan latihan dalam buku aktivti (m/surat:...)
10.   Guru memeriksa jawapan murid. Murid diminta membuat pembetulan bagi jawapan yang salah.
11.   Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid bagi disiapkan dirumah.


Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·          Kreativiti (menumpukan pemerhatian pada objek dan menggunakan deria penglihatan serta sentuhan )

Bahan Bantu Belajar:
Bahan maujud (kek segiempat), lembaran soalan aktiviti kumpulan, lembaran kerja.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui lorekan dan menamakan nilai pecahan.

Refleksi:
25 daripada 25 orang murid berjaya menamakan pecahan wajar yang pengangkanya 2 hingga 9 dan penyebutnya 10 serta melorek gambarajah pecahan wajar yang pengangkanya 2 hingga 9 dan penyebutnya 10.







No comments:

Post a Comment